Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Disiasat SPRM, MaPeR Seru Mangsa Lain Ke Hadapan Bongkar Skim Penipuan

Oct 8, 2025 - 10:45
Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Disiasat SPRM, MaPeR Seru Mangsa Lain Ke Hadapan Bongkar Skim Penipuan

Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR, Shah Abdul Malek (tengah) bercakap kepada media mewakili mangsa-mangsa lain berhubung isu pelaburan tipu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kini disiasat selepas sekumpulan pelabur termasuk seorang warga British tampil membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa menjadi mangsa skim pelaburan palsu membabitkan kerugian melebihi RM66 juta.

Difahamkan, Datuk berkenaan telah ditahan oleh SPRM pada Julai lalu bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut. 

media RSS Media Unit