Bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM600 juta
Beberapa penghakiman muktamad dari mahkamah-mahkamah di Malaysia dan UK terhadap Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu (Ranjeet), bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk pecah amanah. Ranjeet juga adalah merupakan pengasas dan pengarah semasa kumpulan Vascory, kumpulan 3Lyon dan pemilik/pengawal benefisial Kuber Venture Berhad
Penghakiman-penghakiman muktamad terhadap Ranjeet:
- Penghakiman sebanyak €101.5 juta (lebih kurang RM 512 juta) dalam kes diantara Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi UK kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai. Ini adalah kesalahan jenayah di UK.
- Penghakiman sebanyak RM 29 juta (tidak termasuk faedah) dalam kes diantara Zavarco Berhad lwn Ranjet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah. Satu kesalahan jenayah di Malaysia.
- Penghakiman RM 61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) dalam kes Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM 12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya. Satu kesalahan jenayah di Malaysia.
(1) Penghakiman mutlak dalam kes Zavarco plc lwn. Ranjeet Singh Sidhu, Mahkamah Tinggi UK mengarahkan Ranjeet Singh Sidhu membuat pembayaran €101.5 Juta termasuk faedah.
Dalam perkembangan kes perundangan, ketara yang Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu (Ranjeet) kini berdepan dengan beban tuntutan yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi UK dalam kes terhadapnya. Mahkamah telah memerintahkan Ranjeet membayar €84 juta dan faedah tambahan kira-kira €17.5 juta kepada Zavarco plc, yang diterjemahkan kepada penghakiman lebih RM 500 juta dalam kadar pertukaran matawang semasa!
Walaupun Ranjeet telah membuat rayuan mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, Hakim Mahkamah Rayuan di UK memutuskan bahawa Ranjeet tetap bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang ditetapkan kepada Zavarco plc. Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan pada 22 Julai 2022 bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan Ranjeet daripada liabilitinya di bawah memorandum pertubuhan syarikat.