‘Datuk’ didakwa dalang penipuan RM1 bilion

Nov 7, 2023 - 05:40
‘Datuk’ didakwa dalang penipuan RM1 bilion
Sidang media dibuat sebelum ini mengenai rantaian penipuan mereka mencecah hampir RM1 bilion termasuk pelaburan yang dibuat oleh seorang usahawan dari United Kingdom.

KUALA LUMPUR – Seorang individu berpengaruh didakwa menjadi dalang kepada tiga individu yang menjadi mangsa kepada satu sindiket pelaburan sejak tahun 2007.

Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) yang juga seorang mangsa, Shah Abdul Malek merayu agar mangsa-mangsa lain tampil membantu mendedahkan kegiatan individu yang dikenali sebagai Datuk.

Beliau mendakwa sehingga kini hampir ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu tersebut dipercayai kerugian hampir RM1 bilion.
media RSS Media Unit