‘Datuk R’ tipu wang pelaburan hampir RM1 bilion
Petaling Jaya – Seorang pelabur dan juga ahli perniagaan dari United Kingdom, mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang rakyat Malaysia dipercayai berpangkat ‘Datuk’.
Lee Rogger Meiklejohn, 51, berkata permulaan detik hitam ditipu individu berkenaan pada tahun 2010 ketika bertemu di Glasgow, Scotland.
Katanya, beliau hanya menyedari ditipu RM60 juta sekitar November 2017 selepas mengesyaki lelaki berkenaan membuat representasi palsu berhubung pelaburan yang dikemukakan.