Lagi mangsa tampil terjerat pelaburan palsu didalangi ‘Datuk’

Nov 16, 2023 - 10:13
Lagi mangsa tampil terjerat pelaburan palsu didalangi ‘Datuk’

PETALING JAYA: Lapan lagi mangsa baharu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan lelaki bergelar Datuk yang menjalankan sindiket pelaburan palsu selepas dilaporkan media baru-baru ini.

Kesemua mereka akan mengumpul dokumen berkaitan sebelum tindakan seterusnya diambil termasuk membuat laporan polis.

Tujuh November lalu, satu sidang media diadakan membabitkan beberapa mangsa lelaki berkenaan yang didakwa melanggar Akta Syarikat 1965 apabila menubuhkan syarikat dengan objektif perniagaan palsu, membuat pengisytiharan tahunan palsu dan membuat laporan audit palsu.

Difahamkan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM1 bilion.

media RSS Media Unit