Mahkamah Tinggi Malaysia dan UK arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta!

Dec 8, 2023 - 11:19
Mahkamah Tinggi Malaysia dan UK arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta!
Datuk Ranjeet Sing dikatakan, telah menipu orang ramai!

Isu kes penyelewengan dan penipuan oleh seorang usahawan dikenali, Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dan United Kingdom sebanyak RM602 juta.

Ranjeet yang merupakan bekas Ketua Pengarah Utusan Kumpulan Zavarco, Pengarah Semasa Kumpulan Vascory, Kumpulan 3Lyon dan pemilik dan pengawal benefisial Kuber Venture Berhad didakwa menyeleweng dana termasuk kes pecah amanah.

Mahkamah Tinggi Malaysia memerintahkan Ranjeet membayar RM29 juta dalam kes Zavarco PLC kerana salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.

Selain itu perlu membayar juga penghakiman sebanyak RM61 juta dalam kes Zavaco PLc lawan Ranjeet kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya.

Manakala Mahkamah Tinggi United Kingdom memerintahkan penghakiman sebanyak RM512 juta dalam kes Zavarco Plc lawan Ranjeet Singh kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam itu kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai.

media RSS Media Unit