Penipuan Skim Pelaburan, Pelabur Lapor SPRM Terhadap Ahli Perniagaan Bergelar Datuk
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Seorang pelabur warga British bersama 10 pelabur tempatan hari ini mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, mendakwa mereka kerugian RM66 juta akibat ditipu skim pelaburan.
Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR Shah Abdul Malek berkata aduan itu memperincikan modus operandi skim pelaburan penipuan yang beroperasi sejak 2018 melalui beberapa syarikat berunsur “ponzi” , yang didakwa telah menipu ratusan mangsa lain dengan nilai keseluruhan melebihi RM300 juta.
“Ramai mangsa telah diperdaya melalui ejen-ejen ahli perniagaan itu yang menyamar sebagai petugas beberapa bank di negara dengan menawarkan skim pelaburan runcit yang kononnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta ‘dijamin’ oleh insurans.