Datuk Wira dalang tipu hampir RM1 bilion, mangsa gesa tindakan pihak berkuasa

Nov 7, 2023 - 03:20
Datuk Wira dalang tipu hampir RM1 bilion, mangsa gesa tindakan pihak berkuasa
Lee Meiklejohn (kiri) dari UK, menunjukkan salinan laporan polis bersama Shah Abdul Malek dan Amarjeet Singh mengenai rakyat Malaysia dan pelabur asing ditipu lebih RM900 juta oleh seorang Datuk Wira di sini, semalam. NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

KUALA LUMPUR: Tiga individu yang menjadi mangsa kepada satu sindiket pelaburan didalangi seorang individu berpengaruh sejak tahun 2007, merayu agar mangsa-mangsa lain tampil membantu mendedahkan kegiatan itu.

Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) yang juga seorang mangsa, Shah Abdul Malek, mendakwa setakat ini hampir ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu dikenali sebagai Datuk Wira.

"Beliau bersama seorang rakan perniagaannya bergelar Tan Sri, yang didakwa berpengaruh dalam pihak berkuasa, turut menipu pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional seperti doktor, pelabur antarabangsa dan rakyat marhaen.

media RSS Media Unit