Penipuan Terbesar "Datuk R", Mangsa Rakyat Malaysia & Pelabur UK Ditipu Hampir RM1Bil!

Nov 7, 2023 - 06:20
Penipuan Terbesar "Datuk R", Mangsa Rakyat Malaysia & Pelabur UK Ditipu Hampir RM1Bil!
Eastin Hotel , Petaling Jaya 7 November 2023 - MaPeR Action Group ingin membuat satu pendedahan dimana ratusan rakyat Malaysia termasuk pegawai-pegawai kerajaan, golongan professional seperti doktor-doktor, rakyat marhaen dan pelabur-pelabur antarabangsa termasuk kerajaan sendiri telah ditipu hampir RM1bil melalui satu rantaian sindiket pelaburan yang didalangi oleh seorang bernama Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu dan dilindungi oleh rakannya, seorang bergelar Tan Sri yang amat berpengaruh dalam PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan juga dalam sistem kehakiman negara. 
Kedua-dua sampah masyarakat ini adalah pemilik perniagaan peminjam wang yang berlesen sejak lebih dua dekad lalu dan sindiket penipuan mereka merangkumi penggunaan pelbagai syarikat perniagaan dan pelaburan termasuk sebuah koperasi. Saya tidak pasti nama penuh Tan Sri ini tetapi maklumat ini saya perolehi dari bekas pekerja Ranjeet sendiri dan juga dari sebuah blog dalam internet. Tuan-tuan boleh meneliti maklumat selanjutnya berkaitan Tan Sri ini dari blog tersebut. 
media RSS Media Unit