Ranjeet Singh Sidhu dari Kumpulan 3Lyon diarahkan oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia dan di United Kingdom untuk membayar Kumpulan Zavarco lebih RM600 juta atas pelbagai pelanggaran tugas fidusiari (jenayah komersil)...!
Penghakiman-penghakiman muktamad terhadap Ranjeet:
(1) Penghakiman sebanyak €101.5 juta (lebih kurang RM 512 juta) dalam kes diantara Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi UK kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai. Ini adalah kesalahan jenayah di UK.
(2) Penghakiman sebanyak RM 29 juta (tidak termasuk faedah) dalam kes diantara Zavarco Berhad lwn Ranjet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah. Satu kesalahan jenayah di Malaysia.
(3) Penghakiman RM 61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) dalam kes Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM 12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya. Satu kesalahan jenayah di Malaysia.