‘Datuk’ didakwa tipu ratusan pelabur babitkan kerugian RM1 bilion
PETALING JAYA: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu ratusan pelabur dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 bilion dengan menggunakan nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.
Malah, pelbagai syarikat swasta, kerajaan, golongan profesional seperti doktor serta pelabur antarabangsa turut dijadikan mangsa dalam kegiatan dipercayai dilakukan lelaki itu sejak beberapa tahun lalu.