‘Datuk Wira’ kaut RM1 bilion, didakwa perdaya mangsa dalam dan luar negara dengan pelaburan palsu

Nov 7, 2023 - 06:09
‘Datuk Wira’ kaut RM1 bilion, didakwa perdaya mangsa dalam dan luar negara dengan pelaburan palsu

SEORANG ahli perniagaan menggunakan gelaran ‘Datuk Wira’ didakwa telah memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur asing sejak 16 tahun lepas.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek, 50, mendakwa mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam yang menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan. Individu berkenaan pada awalnya memberi jaminan pulangan yang tinggi sehingga enam peratus setiap bulan bagi setiap wang yang dilaburkan.

media RSS Media Unit