Mahkamah Tinggi Malaysia, United Kingdom perintah Ranjeet bayar lebih RM600 juta kes seleweng dana dan pecah amanah

Dec 8, 2023 - 10:55
Mahkamah Tinggi Malaysia, United Kingdom perintah Ranjeet bayar lebih RM600 juta kes seleweng dana dan pecah amanah

KUALA LUMPUR – Susulan kes penipuan dan penyelewengan dana pelaburan didakwa dilakukan oleh Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu seperti dilaporkan media sebelum ini, kini mendapat penghakiman muktamad dari mahkamah di Malaysia dan United Kingdom (UK).

Ranjeet yang juga bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco kini didakwa atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk pecah amanah. Individu ini juga difahamkan merupakan pengasas dan pengarah semasa kumpulan Vascory, kumpulan 3Lyon dan pemilik/pengawal benefisial Kuber Venture Berhad.

Penghakiman muktamad terhadap Ranjeet kira-kira RM512 juta di Mahkamah Tinggi UK bagi kesalahan jenayah di negara itu iaitu mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai. 

Selain itu, Ranjeet turut berdepan penghakiman sebanyak RM29 juta (tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.  

Individu itu turut berdepan penghakiman RM61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya. 

Menurut kenyataan Perhubungan Pelabur Zavarco Plc, dalam perkembangan kes perundangan, Ranjeet kini berdepan dengan beban tuntutan yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi UK dalam kes terhadapnya. 

media RSS Media Unit