Pelabur luar negara, tempatan lapor SPRM dakwa ditipu lebih RM66 juta dalam skim pelaburan palsu

Oct 8, 2025 - 10:06
Pelabur luar negara, tempatan lapor SPRM dakwa ditipu lebih RM66 juta dalam skim pelaburan palsu
Pengerusi MAPER, Shah Abd Malek (dua dari kiri bersama pelabur yang ditipu, Mohan Munisamy, Lee Rodger Meiklejohn dan Lee Chee Keong pada sidang media, hari ini.

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Seorang pelabur warga British bersama sepuluh pelabur tempatan hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Wira’ berhubung dakwaan penipuan pelaburan saham berjumlah lebih RM66 juta.

Laporan itu difahamkan berkait dengan skim pelaburan bersifat Ponzi yang beroperasi sejak 2018 menerusi beberapa syarikat seperti 3Lyon Holdings Berhad, Vascory Berhad, Vascory Limited, 3Lyon Capital dan Kuber Venture yang dipercayai telah menipu ratusan pelabur dengan nilai keseluruhan mencecah RM300 juta.

Menurut Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR, Shah Abdul Malek, laporan tersebut disertakan dengan bukti dan dokumen yang menunjukkan wujudnya transaksi mencurigakan, termasuk penglibatan beberapa individu berprofil tinggi dan agensi berkaitan kerajaan.

“Rangkaian penipuan ini mencecah hampir RM1 bilion, termasuk pelaburan oleh seorang usahawan United Kingdom, Lee Rodger Meiklejohn, yang mendakwa ditipu hampir RM60 juta,” katanya pada sidang media di Nu Sentral, hari ini.

Beliau mendakwa antara mangsa termasuk agensi kerajaan negeri di Kedah, Melaka dan Perlis, selain sebuah persatuan kebajikan anak yatim di Pulau Pinang dan sebuah institut penyelidikan Islam, yang dipercayai turut melabur dalam skim tersebut.

Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR, Shah Abdul Malek (kanan) bersama salah seorang mangsa penipuan.

Shah mendakwa, sebahagian mangsa diperdaya oleh ejen yang menyamar sebagai kakitangan bank tempatan seperti AmBank dan Alliance Bank, serta menawarkan skim pelaburan kononnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan “dijamin” oleh syarikat insurans.

Selain itu, nama beberapa ahli perniagaan bergelar Tan Sri turut digunakan untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Menurut Shah, hasil siasatan awal MaPeR mendapati wang pelaburan disalurkan semula ke akaun milik syarikat-syarikat dikawal individu tersebut, termasuk G&P Solutions Sdn Bhd, dipercayai bagi tujuan peribadi dan pemberian komisen kepada individu tertentu yang membantu mel legitimasikan operasi itu.

Beliau turut mendedahkan bahawa laporan polis terdahulu telah dibuat oleh Lee Meiklejohn pada 6 November 2023, mendakwa beliau ditipu sebanyak GBP10 juta (sekitar RM60 juta) kononnya bagi tujuan langganan saham dalam Vasseti Berhad.

“Kes ini nampaknya tidak menunjukkan kemajuan, walaupun dokumen dan bukti lengkap telah dikemukakan. Kami bimbang mungkin wujud kelewatan prosedur atau campur tangan. Shah Abdul Malek

media RSS Media Unit