Mangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam

Nov 16, 2023 - 10:20
Mangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam

PETALING JAYA – Mangsa sindiket penipuan pelaburan didalangi seorang lelaki bergelar Datuk R dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion diminta tampil segera bagi membantu mendedahkan kegiatan tersebut.

Menurut peguam, Ily Nadiah Mohd Yusof, untuk membawa ‘scammer’ tersebut ke muka pengadilan, ia memerlukan kes yang kukuh menerusi bukti-bukti seperti dokumen, saksi dan sokongan yang kuat oleh mangsa yang terlibat.

“Sekiranya mangsa diugut suspek, pertama sekali, mereka perlu tampil ke hadapan dan kedua, pihak kami akan sediakan bantuan diperlukan dan ketiga, kami akan berikan pilihan.

“Jadi, InsyaAllah, dalam ketiga-tiga pilihan ini mana yang terbaik untuk mangsa sama ada menjadi saksi sahaja, menjadi pemberi maklumat atau sebagai pengadu sendiri,” katanya pada sidang media pendedahan pelaburan palsu yang mengakibatkan kerugian mencecah RM1 bilion.

media RSS Media Unit