Peguam dakwa laporan fitnah tapi Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu masih berdepan tindakan Undang-Undang Di UK dan Malaysia

Jun 6, 2025 - 11:59
Peguam dakwa laporan fitnah tapi  Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu masih berdepan tindakan Undang-Undang Di UK dan Malaysia

Peguam kepada Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu dari firma guaman Tetuan Mann & Associates telah menghantar emel kepada portal The Corporate Secret (TCS), memohon penurunan kandungan yang didakwa berunsur fitnah terhadap anak guam mereka.

Bagaimanapun, pihak TCS menjelaskan bahawa kesemua laporan adalah berdasarkan kenyataan media rasmi serta laporan terdahulu yang sahih, termasuk kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan liputan awam terhadap kes-kes sivil dan jenayah membabitkan Ranjeet Singh. Ia dilaporkan oleh pelbagai media di negara ini.

Dua artikel The Corporate Secret ialah;

9 Disember 2023  Tipu pelaburan: Mahkamah arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta, Tan Sri Rashpal Singh dalangnya selamat?

media RSS Media Unit