Skandal Ranjeet Singh: ‘Scammer Elit’ direman SPRM, RM75 Juta dipindah ke syarikat milik sendiri

Jul 4, 2025 - 11:55
Skandal Ranjeet Singh: ‘Scammer Elit’ direman SPRM, RM75 Juta dipindah ke syarikat milik sendiri

Ahli perniagaan ‘scammer’ terkenal Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu, akhirnya direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM75 juta berkait pinjaman mega projek gentian optik oleh syarikat Aries Telecoms (M) Bhd pada tahun 2012.

Ranjeet Singh melalui peguamnya pernah mengugut mahu menyaman portal The Corporate Secret, ditahan kira-kira jam 4 petang pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Mahkamah Majistret Putrajaya pada keesokan harinya membenarkan perintah reman empat hari terhadap beliau sehingga 6 Julai, seperti dimohon SPRM di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut sumber siasatan, penahanan itu berkait pinjaman RM400 juta yang diluluskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) kepada Aries Telecoms bagi membiayai sebahagian daripada projek rangkaian fiber bernilai RM1.3 bilion. Namun, siasatan mendapati dana itu dipercayai tidak digunakan seperti dijanjikan — sebaliknya telah diseleweng ke beberapa entiti dan akaun peribadi termasuk syarikat milik Ranjeet sendiri.

media RSS Media Unit