Tipu pelaburan: Mahkamah arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta, Tan Sri Rashpal Singh dalangnya selamat?

Dec 9, 2023 - 12:02
Tipu pelaburan: Mahkamah arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta, Tan Sri Rashpal Singh dalangnya selamat?

Didakwa terlibat dengan kes penyelewengan dan penipuan, bekas Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco, Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu kini menjadi individu yang mendapat penghakiman muktamad dari mahkamah di Malaysia dan United Kingdom.

Terbaharu, beliau didakwa atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk kes pecah amanah yang menyaksikan beliau juga merupakan pengasas dan pengarah semasa kumpulan Vascory, kumpulan 3Lyon dan pemilik dan pengawal benefisial Kuber Venture Berhad.

Penghakiman yang disenarai antaranya termasuk tertuduh bersalah dibawah akta jenayah UK atas kesalahan mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) sebanyak €101.5 juta (RM 512 juta) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai.

Penghakiman mutlak dalam kes ini di Mahkamah Tinggi UK mengarahkan Ranjeet Singh Sidhu membuat bayaran €101.5 Juta termasuk faedah.

Selain itu, bagi 2 kes lainnya adalah tertakluk kesalahan jenayah di Malaysia iaitu penghakiman sebanyak RM29 juta (tidak termasuk faedah) dalam kes diantara Zavarco Berhad lawan Ranjet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang bagi dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.

Penghakiman RM61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) dalam kes Zavarco plc lawan Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya.

media RSS Media Unit